Thursday, July 16, 2009

Facebook, Friendster, Twitter, Myheritage

Entah apa lagi yang diorang akan wujudkan dalam dunia maya ini. Ini semua adalah kerja budak-budak universiti US final semester. MEmang dari segi bagusnya tu ada, tapi dari segi hidden agendanya banyak.

Kebanyakan orang kadang2 merasa perlu untuk meletakkan pengenalan diri yg telus, sama ada nama, alamat, emel, no hp dan sebagainya. Mereka juga meletakkan gambar sendiri yang cantik, halus dan ceria.

Semua maklumat itu akan dikumpulkan oleh server (walaupun mereka tulis butiran kita itu tidak akan disebarluas). Difahamkan butiran facebook ada dalam server CIA, FBI dan sebagainya. Oleh itu mudahlah bagi CIA dan FBI mengenalpasti manusia yg ada kat dunia ini.

Mungkin, sebagai insan yg tidak ada membuat kesalahan jenayah atau politik, mungkin kita merasa biarlah mereka menyimpan data kita, asalkan mereka tidak menceroboh akaun bank kita sudah..

Hmmm... apa pun, kemudahan facebook dan twitter dan apa saja yang berbentuk komunikasi sejagat memang memudahkan kita menerima berita dari sedara mara dan sahabat handai.

Pandai-pandailah mengawal butiran diri anda..